Beritahu kami cara anda menyambut Deepavali dan kami beritahu apakah perkara wajib perayaan ini yang paling kena dengan anda!
(Kuiz ini tidak berlandaskan kajian saintifik dan adalah untuk hiburan semata-mata. Semoga terhibur!)
Semua orang tahu anda sumber gosip hangat. Anda mempunyai rangkaian maklumat yang membuatkan semua makcik-makcik boleh cemburu. Anda suka bergaul, dan anda juga suka mendapatkan maklumat mengenai seseorang. Sila gunakan kuasa istimewa anda ini di jalan kebaikan.
Ah, kawan yang berseni. Anda membawa warna-warni dan seni dalam kehidupan, walaupun anda haters yang akan menggelarkan anda sebagai ‘cerewet’, anda lebih gemar digelar ‘teliti’. Anda rajin bekerja dalam masa yang sama suka berhibur.
Anda seorang yang sangat bergaya! Orang lain tak akan nampak anda dalam pakaian yang sama lebih dari sekali dan anda suka bereksperimen dalam berfesyen. Anda tak ada rupa dan gaya kegemaran - semuanya sama janji anda tampil dengan hebat.
Kadangkala kehadiran anda mungkin tidak dihiraukan, tetapi anda seorang yang akan dirindui apabila tiada. Orang sukakan gaya tenang, boleh diharap dan santai anda kerana mudah dibawa lepak dan bersosial. Tapi hati-hati untuk tidak lemas dengan perhatian yang diberikan.